2816 resep ikan pesmol bumbu kuning ala rumahan yang mudah dan enak dari komunitas memasak terbesar dunia! Lihat juga resep Pesmol Ikan (Bumbu Kuning) enak lainnya. Pada resep kali ini, ikan nila akan diolah dengan bumbu pesmol.Bumbu berwarna kuning ini terbuat dari bumbu rempah seperti kemiri, kunyit, jahe, dan bawang merah, dengan perpaduan cita rasa asam, gurih dan pedas.
DemikianlahResep Masakan Ikan Tenggiri Bumbu Tauco Cabai Hijau yang memiliki rasa yang lezat dan nikmat yang bisa anda coba dirumah. Khas dengan bumbu tauco ditambah dengan bahan cabai hijau ini membuat masakan ini mampu menambah selera makan anda. Sajikan masakan ikan tenggiri bumbu tauco cabai hijau ini ditengah-tengah keluarga anda.
Beberaparesep olahan ikan laut dan cara membuatnya yang mudah. Indonesia dikenal punya banyak resep olahan ikan laut yang lezat dan bergizi tinggi. Pesmol kembung (yummy.co.id) Bahan-bahan: 1 kg ikan kembung (bersihkan) 1 buah jeruk nipis; 1 batang serai; Masukkan ikan tenggiri, masak sebentar, lalu masukkan santan kental. Aduk kembali
Bumbupesmol cukup sedikit, hanya bawang merah, bawang putih, kemiri, kunyit, dan jahe. Bumbu tersebut ditumis dan diberi sedikit tambahan air. Setelah wangi, baru dimasukkan ikan nila goreng dan cabai rawit. Aduk ikan dan biarkan bumbu mengental. Anda pun akan dapatkan pesmol ikan nila yang renyah diluar dan lembut di dalam.
Lumuriikan dengan air jeruk nipis dan garam, diamkan selama 15 menit, goreng hingga matang. Tumis bumbu halus, serai, jahe, daun jeruk, garam hingga harum, tambahkan sedikit air, gula dan cuka masam, aduk rata. Masukkan wortel, timun, bawang merah utuh, ikan tenggiri goreng dan cabai rawit, masak sebentar, angkat.
ZJaR1M. Artikel Topik Pengiklanan Hubungi Ikan tenggiri merupakan jenis ikan laut kegemaran ramai di penjuru negeri. Ikan tenggiri bentuk moncongnya agak panjang, tidak punya sisik, dan lumayan memipih. Isi ikan tenggiri putih dan lembut. Ikan ini sesuai dimasak berkuah seperti gulai, kari, masak asam, mahupun sup. Ikan ini pula jadi pilihan utama orang berpantang. Ikan tenggiri termasuk ke dalam jenis ikan mahal. Ikan tenggiri mentah dapat dijual RM25-RM35 sekilo. Bahkan harga masakan ikan tenggiri di kedai makan pula boleh tahan mahal. Namun, rasanya yang lazat tidak hentikan kemahuan untuk beli ikan tersebut. Oleh itu kami telahpun adakan 10 resepi ikan tenggiri daripada laman Facebook yang lazat dan patut anda cuba. Resepi tenggiri mudah, sihat dan sedap, sedia di atas meja anda. Dapat makan dengan nasi putih panas-panas memang paling syok. Ikan Tenggiri Masak Asam JawaIkan Tenggiri Masak MerahIkan Tenggiri Lemak PadangIkan Tenggiri BerladoMasak Taucu Ikan TenggiriIkan Tenggiri Goreng Masak BerempahIkan Tenggiri Masak CukaTenggiri Masak PaprikAsam Pedas TenggiriIkan Tenggiri Jeruk Ikan Tenggiri Masak Asam Jawa Imej via Facebook Sesiapa suka masakan asam jawa pedas sedikit, boleh cuba masak tenggiri guna resepi ini. Cuba bayangkan lauk ini dapat makan dengan nasi panas, agak-agak menambah tidak? Makan pula bersama sambal belacan, memang meletop. Resepi daripada Nurul Ateekah di laman Facebook. Bahan-bahan 5-7 keping ikan tenggiri batang, Asam jawa 2 sudu besar dibancuh dengan 2 cawan air, Bawang besar 1 biji dipotong bulat, Bawang putih 3 ulas dihiris, Halia 2 cm dihiris, Serai 1 batang diketuk, Cili padi merah 7 batang, Cili hijau 1 batang dibelah 6, Gula 1½ sudu besar, Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil. Cara-cara Bersihkan ikan, lumur kunyit dan garam. Kemudian goreng ikan. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan serai, cili padi dan cili hijau. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Masukkan ikan yang telah digoreng dan masak sehingga mendidih, tutup api. Ikan Tenggiri Masak Merah Imej via Facebook Pernah cuba masakan ini? Kalau pernah cuba mesti tahu rasanya ada sedikit kelainan daripada rasa sambal tumis. Yang belum cuba, jom masak dan cuba rasa sendiri masak merah ikan tenggiri. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook. Bahan-bahan Ikan tenggiri 6 potongan digoreng dahulu, 1 batang serai diketuk, 1 helai daun pandan disimpul, 4 ulas bawang putih diketuk, ½ biji bawang besar dipotong bulat, 5 sudu besar cili kisar, 1 sudu kecil pes tomato, 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram, 1 biji tomato dibelah 6, 1 sudu kecil serbuk belacan, Gula 1 sudu besar, Serbuk perasa jika perlu, Minyak secukupnya. Cara-cara Panaskan minyak, masukkan serai, bawang putih dan daun pandan. Masak sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat, masak sehingga layu. Masukkan cili kisar, tumis sehingga pecah minyak dan cilinya masak dengan sempurna. Apabila cili sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, tomato, sos cili, sos tiram, gaul rata. Kemudian masukkan gula dan ikan yang telah digoreng. Gaul sehingga rata. Angkat dan siap dihidang. Ikan Tenggiri Lemak Padang Imej via Facebook Ini bukan lemak cili padi atau lemak kuning, tapi masak lemak Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Guna rempah-rempah senang saja. Kalau masak ikan tenggiri, bahagian ekor sampai ke tulang jadi kegemaran. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook. Bahan-bahan [email protected] ketul ikan tenggiri, ½ kotak kecil santan, 2 cm halia*, 2 cm lengkuas*, 2 hirisan lengkuas, 1 cm kunyit hidup*, ½ biji bawang besar 3 biji bawang merah*, 3 ulas bawang putih*, 2 biji buah keras*, Cili merah 2 batang*, Serai 1 batang, Daun salam 1 helai, Tomato 1 biji, Minyak secukupnya, Garam, Serbuk perasa, Air 1½ cawan. Cara- cara Kisar bahan yang bertanda *. Ikan dibasuh bersih, lumur kunyit dan garam serta goreng ikan sehingga masak. Panaskan minyak, masukkan hirisan lengkuas, serai, dan daun salam. Masak seketika. Masukkan bahan yang telah dikisar, masak sehingga pecah minyak. Masukkan air dan santan, masak sehingga sedikit mendidih. Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api. Ikan Tenggiri Berlado Imej via Facebook Sedap ikan tenggiri berlado makan dengan nasi putih panas. Lauk ini pedas-pedas membangkitkan selera. Apalagi dapat makan dengan ulam-ulaman makinlah merecik. Ayuh cuba masak tenggiri berlado ala Nurul Ateekah di laman Facebook. Bahan-bahan Ikan 7-8 keping, *Cili merah 11 batang, *Bawang putih 3 ulas, *Bawang besar ½ biji, Tomato 1 buah belah 4, Serai 1 batang diketuk, Daun limau purut 2 helai, Serbuk belacan 1 sudu kecil, Serbuk perasa 1 sudu kecil, Garam dan gula sedikit. Boleh gunakan cili padi jika mahu tambah pedas masakan. Cara-cara Kisar tumbuk kasar bahan yang bertanda*. Lumur kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Guna minyak yang sama, masukkan cili yang telah dikisar tadi, serai dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato, serbuk belacan dan bahan yang lain. Gaulkan dan perasakan dengan secukup rasa yang dimahukan. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan biarkan ianya masak seketika. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang. Masak Taucu Ikan Tenggiri Imej via Facebook Menu seterusnya ialah ikan tenggiri masak taucu. Lauk kegemaran ramai ini memang lazat sangat. Wangi taucu itu mampu bangkitkan selera makan. Dapat makan dengan nasi putih sambal belacan memang meletop. Resepi dikongsikan oleh Siti Fatimah di laman Facebook. Bahan-bahan lkan 3 ketul, Taucu 1 sudu besar, Bawang kecik 4 ulas, Bawang putih 2 ulas, Halia satu inci, Air asam satu cawan, Pati ayam Knorr seketul, Bawang besar 1 biji, Cili padi 6 biji, Cili merah sebiji bawang besar, Daun bawang untuk hiasan, Sedikit garam dan gula. Cara-cara Tumbuk halia, bawang kecil, bawang putih, taucu taucu basuh dulu sebelum tumbuk takut masin. Tumis bahan bagi kekuningan. Kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula, dan pati ayam. Agak-agak kering masukkan ikan, bawang besar, cili padi, dan cili merah cili kering. Akhir sekali masukkan daun bawang. Ikan Tenggiri Goreng Masak Berempah Imej via Facebook Seterusnya ada ikan tenggiri goreng masak berempah citarasa Laila Aznam di laman Facebook. Resepi masakkan ini tidak ada sukatan, main letak sahaja. Kalau masak jangan lokek rempah ratus ya. Bahan-bahan Beberapa keping ikan tenggiri goreng, Rempah kari ikan agak-agak, Sos tiram anggaran 2 sudu makan, Garam secukup rasa, Kiub ikan bilis jika suka, Gula sedikit, Cili kering kisar ikut kepedasan masing-masing anggaran 2-3 sudu makan, Bahan-bahan hiris tumis, Bawang besar, Bawang putih, Halia, Daun kari. Cara-cara Panaskan minyak, tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan bangkit baunya. Selepas itu masukkan cili kisar serta rempah kari ikan, tumis hingga garing dan terbit minyak. Setelah itu masukkan sos tiram kacau rata. Perasakan garam, gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi. Kalau pekat tambah sedikit air. Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan tenggiri goreng tadi dan kacau pelan-pelan. Biar seketika hingga mereneh. Tutup api. Ikan Tenggiri Masak Cuka Imej via Facebook Masakan paling simple dan senang ikan tenggiri masak cuka nama diberi. Bahan yang diguna pula senang dapat di dapur. Paling penting jangan lupa cuka. Resepi simpel dikongsikan oleh Roskaryati Abu Bakar di laman Facebook. Bahan-bahan Ikan tenggiri, Bawang putih, Bawang merah, Halia hiris, Daun kari, Halba campur, Serbuk kunyit, Air, Cuka, Timun, Cili, Garam dan perasa. Cara-cara Ikan letak garam kunyit dan digoreng. Jangan goreng garing sangat. Tumis bawang putih, bawang merah, sedikit halia yang dihiris, sedikit daun kari dan sedikit halba campur. Bawang putih dan bawang merah tak payah hiris, tumis saja sebiji-sebiji atau dibelah dua. Apabila bahan-bahan yang ditumis layu dan bau semerbak, masukkan air dan sedikit serbuk kunyit. Masukkan air agak banyak daripada ikan. Seterusnya masukkan cuka. Kalau suka masam letak cuka lebih sedikit. Apabila sudah mendidih boleh letak timun jika suka. Akhir sekali masukkan ikan dan cili sebiji-sebiji Jangan lupa garam dan sedikit ajinomoto. Tenggiri Masak Paprik Imej via Facebook Masak ikan tenggiri paprik ala Thai minta ampun sedap. Lagi kalau masak resepi cara Hairul Nizam Ijam di laman Facebook makin menjadi sedap. Ikan kena goreng dulu dan sementara tunggu itu sediakan bahan-bahan paprik lain. Bahan-bahan 1 ekor ikan tenggiri bersihkan dan lumur garam, 4 ulas bawang merah ditumbuk, 2 ulas bawang putih ditumbuk, 1 labu bawang besar dimayang, 2 batang serai dititik, 2 biji buah tomato dipotong 4, 5 biji cili padi ditumbuk, 4 s/b cili mesin, Daun limau purut, 2 biji cili merah hiris, Bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda, Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis, Garam dan gula. Cara-cara Panaskan kuali. Gorengkan ikan agak-agak sampai masak, jangan terlalu garing. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili mesin dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar, cili merah yang dipotong dan buah tomato. Gaul rata dan boleh diangkat dan dihidangkan. Asam Pedas Tenggiri Imej via Facebook Bayangkan dapat makan asam pedas ikan tenggiri bubuh bendi, tomato, dan daun kesum. Dapat hirup kuah pedas Umphh! rasa terbang ke langit. Anda yang suka asam pedas, cubalah petua dari Azizah Daud di laman Facebook, iaitu air jangan buang. Bahan-bahan Ikan tenggiri, 8 biji cili kering, 2 biji bawang besar merah, 3 ulas bawang putih, Sedikit halia, Sedikit kunyit hidup, Sedikit belacan jika suka. Sayuran tomato, bendi, daun kesum. Cara-cara Semua bahan di atas kecuali ikan dan bahan sayuran diblend, air tapisan jangan buang kerana boleh simpan untuk kuah. Tapis supaya tumis cepat garing dan tak pakai minyak banyak. Panaskan kuali, tumis bahan blend tadi hingga garing dan pecah minyak. Masuk air tapis tadi dan air asam jawa. Tambah kuah banyak mana kita suka sesuai dengan ikan. Bubuh garam, gula, dan serbuk perasa. Masukkan ikan, biar mengelegak baru masuk daun kesum, bendi dan tomato. Agak-agak sayur sudah layu sedikit tutup api. Ikan Tenggiri Jeruk Imej via Facebook Ayuh buat stock tenggiri jeruk untuk makan dengan nasi putih, pulut, bubur nasi, nasi goreng ikan masin, atau kailan ikan masin dan banyak lagi lainnya. Resepi dikongsikan oleh Sherry Aini di laman Facebook. Bahan perapan ikut anggaran untuk 8 keping isi ikan. Kalau ingin kurangkan atau lebihkan terpulang masing-masing. Bahan-bahan *6/7 biji limau nipis boleh tukar kasturi/lemon tapi kuantiti mungkin berubah, *3 sudu kecil garam halus kalau ingin masin tambah sendiri, *2 inci halia hiris halus macam mancis, *5 keping lengkuas hiris halus macam mancis, Sedikit lada hitam tumbuk kasar, Sedikit biji ketumbar tumbuk kasar, Daun sage, Olive oil. Cara-cara Untuk ikan tahan lama dan tidak busuk, pastikan bahan bertanda * secukupnya. Gaul semua bahan bersama ikan. Simpan peti bawah sejuk, bukan beku. Kalau boleh 12 jam atau lebih baru boleh goreng. Lagi lama perap lagi sedap. Resepi Menarik Lain Selain resepi di atas, kami juga menulis kumpulan resepi lain yang tidak kalah sedap dan menarik. Sila cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Resepi Bawal Resepi Keli Resepi Siakap Penulis Rahayu Z Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Tinggalkan Komen! Langgan Info Kami Berkaitan .
Sepertinya Anda menggunakan alat otomatisasi untuk menelusuri situs web kami. Mohon verifikasi bahwa Anda bukan robot Referensi ID abe9c12e-0c3b-11ee-b708-514250706659 Ini mungkin terjadi karena hal berikut Javascript dinonaktifkan atau diblokir oleh ekstensi misalnya pemblokir iklan Browser Anda tidak mendukung cookie Pastikan Javascript dan cookie diaktifkan di browser Anda dan Anda tidak memblokirnya.
resep masak ikan tenggiri pesmol